Tuesday, August 11, 2009

:: La Dolce Amira episod 12 ::

citer yg dah buat aku nangis td...sedih sgt...melalui cerita ni, aku dpt makna persahabatan...mcmana sakit, mcmana gaduh sekalipun, tetap akan rindu, syg, ingat, n jumpa akhirnya...sesungguhnya hati lebih tahu dan yakin dengan persahabatan...itu lah baru dikatakan sahabat dan kawan baik.
kawan ketawa senang dicari, tp kawan menangis susah sgt nak jumpa.ada ke aku kwn yang akan menangia bersama aku?mungkin ada, tapi aku je yang tak sedar...entahlah...
aku suka sangat cerita La Dolce Amira...

:: sibuk ::

hari ini adalah hari yg blh dikatakan sibuk untuk aku... g kelas, pastu meeting n progress report...lepas dah satu progress report, pas ni kena wat lagi utk tunjuk storyboard. byk la kerja utk wat storyboard...complicated betul td masa en ASO tunjuk contoh concept yg dia nk. geleng kepala gak la td...(aduh...penaat dah mengeluh...)...tp kena wat gak, n kena pastikan siap n success.

hari sabtu ni nk pergi pantai balok...ada aktiviti utk part 6 is 221...x sabar sgt rasanya nk pergi. sbb dah lama tak pergi sana. last pergi 7 tahun lepas, masa tingkatan 3. banyak kenangan kat situ...tak sabar, tp takut gak rasanya...takut tak dpt tenangkn diri sendiri bila dah sampai sana...kenangan bersama "papa" banyak kat sana, n masih lengkap melekat diingatan aku, satu pun aku x lupa...sbb bg aku sume kenangan itu penting bagi aku.

"papa"...
entah kat mana dia skrg ni kan?...entah apa yg dibuat, dengan siapa dia skrg ni...kalu nak diceritakan, rasanya sampai esok pun tak habis cerita aku ni...
pantai balok adalah saksi segalanya...

Sunday, August 9, 2009

:: pentingkan diri sendiri ::

entah apa2 entah...mmg pentingkn diri sendiri, naik bas pun nk berebut...(ehheheh, mcm lah aku x berebut td)...
bkn itu isunya, isunya disini, adalah mereka- mereka yg mementingkan diri sendiri. kalu org lain berebut nk naik bas, x kn lah aku nk tgk jer, mestilah aku pun ikut serta berebut naik bas. kelakarlah, mcm budak- budak, berebut naik bas... sakit tgn aku td, terhimpit kat ppintu masa naik bas. tp kalu x berebut, nanti berdiri plak...
rasanya relevan lagi ke ungkapan "ladies first" skrg ni?...rasanya x leh pakai dah...semua org berebut, x kira lelaki ke perempuan... x da perbezaan antara lelaki dan perempuan skrg ni...mcm selalu kita dgr, apa yg lelaki buat, perempuan pun blh buat lah...bangga ke?...bangga ke sbb peremppuan skrg blh digambarkan tidak lemah lagi...skrg ni, kita blh tgk, ada perempuan yg lebih berkerjaya dari lelaki, tp perlu diingat, yg tetap ada kontranya...

Friday, August 7, 2009

:: menyesal ::

smlm aku tgk citer nur kasih...cerita memaparkan kisah realiti di dalam kehidupan semua org...smlm adalah episod menceritakan ttg penyesalan, kemaafan dan perubahan.

adam telah menyesal, memohon kemaafan dari nur, dan menyakinkan nur yg dia telah berubah. namun hati nur telah berubah, dan menganggap penyesalan adam telah terlalu lewat. bagi nur, 4 tahun ditinggalkn oleh adam, adalah satu tempoh yg terlalu lama, byk membuatknnya menderita hati dan menanggung dosa terhadap ibu bapanya.

aku trpikir, didlm keadaan itu, siapa yg harus disalahkan? adam atau nur, atau katrina. adam mengikut kata hati, memilih jalan hidup sendiri, kerana bgnya kebahagiannya adalah bersama katrina dan bkn ditentukan oleh ayahnya. nur, anak yg solehah, menurut kata ibu bapa tanpa mempedulikan kata hatinya, kerana bgnya ibu bapa lebih tahu, dan dia pasti yg dia akan bahagia. katrina tidak tahu apa yg disembunyikan oleh adam, terperangkap dengan cintanya pd adam dan tidak tahu erti hidup dan Islam. jadi, siapa yg perlu disalahkan?

semua org ada perkara yg disesalkn, cuma lewat atau tidak sahaja menyedarinya. namun adakah terlewat untuk menyesal...kemaafan...sakit utk memaafkan, malu umtuk meminta maaf. tidak akan jatuh maruah diri dengan menundukkan kepala meminta maaf, namun berapa ramai antara kita yg akan meminta maaf... perubahan atau berubah...siapa yg betul2 blh yakinkn semua org yg dia sudah berubah. perubahan atau berubah, itu adalah hal yg terlalu subjektif, tidak blh dikatakan dengan angguk atau geleng, ya atau tidak.

menonton cerita nurkasih, membuatkan aku berfikir ttg diri sendiri, sudah berubah ke aku, adakah aku mempunyai kesalahan dengan sesiapa, adakah masih ada peluang utk meminta maaf, belum terlambatkah aku utk rasa menyesal.

hidup ini terlalu singkat sebenarnya. terlalu singkat utk mereka yg tidak menikmati hidup, tidak menghargai hidup, peluang dan sudah tentu terlalu singkat utk mereka yg tidak bersyukur dgn nikmat-Nya.

:: jodoh terbahagi kepada 3 ::

aku baru lepas tgk citer "syurga cinta"...byk pengetahuan dan pengajaran drpd citer tu...
jodoh terbahagi kepada 3.

yg pertama jodoh dari syaitan...

berkenalan, berpegangan tangan kemudian mengandung, baru bernikah.

yg kedua jodoh dari jin...
berkenalan, pemuda pihak sigadis, tetapi sigadis tidak suka kepada pemuda. pemuda bomohkn sigadis supaya sigadis suka kepada pemuda, dan kemudian bernikah.

yg ketiga jodoh dari Allah...
berpandangan mata, terus menusuk ke kalbu, pemuda terus mengambil keputusan untuk meminang si gadis, dan gadis itu menerima pinangan pemuda itu.dan kemudian bernikah.Insya Allah, berkekalan hingga ke akhir hayat dan itulah yg dikatakan syurga cinta.

jodoh manusia telah ditentukan cuma caranya sahaja manusia itu sendiri yg pilih...pilih cara yg elok, elok la jadinya...pilih yg sebaliknya, sebaliknya lah jadinya...

Wednesday, August 5, 2009

:: kebenaran ::

baru jap tadi, aku tgk cite La Dolce Amira episod 11. ada satu dialog yg menarik hati aku "mmg sume org akan sedih, tp sekurg-kurgnya tahu hal sebenar". mendalam rasanya maksud ayat tu...
kalu difikirkan sume org cuba utk sembunyi hal yg sebenar, alasan, x nak dia sedih, nanti dia terluka...tapi bkn ke lebih baik dia tahu hal yg sebenar dari terus ditipu...
pernah dengar x? "kebenaran itu menyakitkan, tapi semua org perlu ada keberanian utk hadapi kesakitan itu"...
kenapa mesti ada yg menyembunyikan kebenaran, walhal dia perlu tahu...
kenapa mesti berdiam, walhal dia amat diperlukan ketika itu...
kenapa mesti ada yg berpura- pura, walhal tidak perlu ada sifat pura- pura dlm hidup...
terlalu subjektif utk dibincangkn...kalu tanya semua org, mesti tak ada jawapan yg sama atau jawapan yg blh memuaskn hati org yg bertanya...
apa yg perlu dilakukan kini, adalah menerima dengan hati yg terbuka... tetapi, sejauh mana hati blh menerima...mmm...hanya hati yg tahu...

Monday, August 3, 2009

:: cuti yg menyeronokkan ::

aku balik kg jumaat lepas, sbb pas ni aku akan jadi sibuk sgt dengan kerja dan aktiviti... bila dah dlm bas, tiba2 elly call bgtahu, cuti seminggu...seronok betul rasanya..
sampai rumah, abah dah beli ca, jd kitorg adik beradik pun cat la umah, 1 umah kitorg cat...rupanya aku pandai mengecat gak rupanya...hik hik hik...
seronok sgt, rasa mcm hubungan kitorg semakin rapat bila menecat (tibe2 layan blues plak...hik hik hik)...tp itu adalah aktiviti yg best sgt masa kat umah...