Friday, August 7, 2009

:: menyesal ::

smlm aku tgk citer nur kasih...cerita memaparkan kisah realiti di dalam kehidupan semua org...smlm adalah episod menceritakan ttg penyesalan, kemaafan dan perubahan.

adam telah menyesal, memohon kemaafan dari nur, dan menyakinkan nur yg dia telah berubah. namun hati nur telah berubah, dan menganggap penyesalan adam telah terlalu lewat. bagi nur, 4 tahun ditinggalkn oleh adam, adalah satu tempoh yg terlalu lama, byk membuatknnya menderita hati dan menanggung dosa terhadap ibu bapanya.

aku trpikir, didlm keadaan itu, siapa yg harus disalahkan? adam atau nur, atau katrina. adam mengikut kata hati, memilih jalan hidup sendiri, kerana bgnya kebahagiannya adalah bersama katrina dan bkn ditentukan oleh ayahnya. nur, anak yg solehah, menurut kata ibu bapa tanpa mempedulikan kata hatinya, kerana bgnya ibu bapa lebih tahu, dan dia pasti yg dia akan bahagia. katrina tidak tahu apa yg disembunyikan oleh adam, terperangkap dengan cintanya pd adam dan tidak tahu erti hidup dan Islam. jadi, siapa yg perlu disalahkan?

semua org ada perkara yg disesalkn, cuma lewat atau tidak sahaja menyedarinya. namun adakah terlewat untuk menyesal...kemaafan...sakit utk memaafkan, malu umtuk meminta maaf. tidak akan jatuh maruah diri dengan menundukkan kepala meminta maaf, namun berapa ramai antara kita yg akan meminta maaf... perubahan atau berubah...siapa yg betul2 blh yakinkn semua org yg dia sudah berubah. perubahan atau berubah, itu adalah hal yg terlalu subjektif, tidak blh dikatakan dengan angguk atau geleng, ya atau tidak.

menonton cerita nurkasih, membuatkan aku berfikir ttg diri sendiri, sudah berubah ke aku, adakah aku mempunyai kesalahan dengan sesiapa, adakah masih ada peluang utk meminta maaf, belum terlambatkah aku utk rasa menyesal.

hidup ini terlalu singkat sebenarnya. terlalu singkat utk mereka yg tidak menikmati hidup, tidak menghargai hidup, peluang dan sudah tentu terlalu singkat utk mereka yg tidak bersyukur dgn nikmat-Nya.

No comments:

Post a Comment